Pengenalan
|
Produk: IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider
Perlindungan / faedah yang disediakan
i) Penyakit - penyakit khusus wanita
a) Kanser Berkaitan Wanita
- Jika Orang Yang Dilindungi sebelum tarikh Matang/ Tamat dan sebelum mencapai
umur lapan puluh satu (81) tahun hari jadi yang akan datang, pertama kali didiagnosis
dengan mana-mana salah satu daripada Kanser Berkaitan Wanita yang dinyatakan di
bawah, 100% daripada Amaun Perlindungan akan dibayar.
- Selepas itu, Sijil Takaful
Tambahan ini akan ditamatkan
- Jika Orang Yang Dilindungi sebelum Tarikh Matang/ Tamat dan sebelum mencapai umur Iapan puluh satu (81) tahun hari jadi yang akan datang, pertama kali didiagnosis mana- mana salah satu Penyakit Berkaitan Wanita yang dinyatakan di bawah, (30%) daripada Amaun Perlindungan akan dibayar secara pra-bayar.
- Baki Amaun Perlindungan akan dibayar sekiranya Orang Yang Dilindungi didiagnosis menghidapi mana-mana satu Kanser Berkaitan Wanita seperti yang dinyatakan di bahagian (a). Selepas itu, Sijil Takaful Tambahan ini akan ditamatkan.
ii) Manfaat-manfaat Kehamilan dan Bersalin
- Jika Orang Yang Dilindungi sebelum Tarikh Matang / Tamat dan sebelum mencapai umur empat puluh enam (46) tahun pada hari jadi yang akan datang, pertama kali didiagnosis dengan mana-mana salah satu daripada peristiwa yang dinyatakan di bawah, 100% daripada Amaun Perlindungan di bawah Manfaat Kehamilan dan Bersalin akan dibayar.
- Selepas itu, manfaat ini akan ditamatkan.
Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
- Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat.
- Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.
*Semua faedah lain akan terhenti
Pengeluaran Tunai
- Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM50.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.
Faedah Hayat
- Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.
Peserta Takaful: 18 – 70 tahun, umur pada hari jadi akan datang
Orang Yang Dilindungi:
• 18 – 50 tahun, umur pada hari jadi akan datang (bagi IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider)
• 18 – 36 tahun, umur pada hari jadi akan datang (bagi Manfaat-manfaat Kehamilan dan Bersalin)
Had Amaun Perlindungan:
• IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider:
- Minimum: RM10,000
- Maksimum: RM150,000 atau 5 x Amaun Perlindungan asas, yang mana lebih rendah.
• Manfaat-manfaat Kehamilan dan Bersalin:
- 30% daripada Amaun Perlindungan bagi IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider, tertakluk kepada maksimum RM45,000
- Orang Yang Dilindungi mencapai umur 81 tahun pada hari jadi akan datang pada ulang tahun Sijil Takaful bagi Kanser Berkaitan Wanita/ Penyakit Berkaitan Wanita.
- Orang Yang Dilindungi mencapai umur 46 tahun pada hari jadi akan datang pada ulang tahun Sijil Takaful bagi Manfaat-manfaat Kehamilan dan Bersalin.
Terma / syarat tambahan
Tempoh Menunggu untuk pelan ini bagi
(i) kelayakan Kanser Berkaitan Wanita atau Penyakit Berkaitan Wanita di bawah Sijil Tambahan Rider ini hanya akan bermula selepas enam puluh (60) hari dari Tarikh Terbitan atau mana-mana Tarikh Penguatkuasaan Semula;
(ii) manfaat mengandung dan bersalin ialah 10 bulan berikutan selepas dari tarikh Terbitan atau mana-mana Tarikh Penguatkuasaan Semula; dan
(iii) Tempoh Menunggu tidak dikenakan ke atas manfaat Dihospitalkan di ICU/ HDU Akibat Daripada Kelahiran Pra-matang dan lnkubasi Serta-merta Selepas Kelahiran. Manfaatmanfaat tersebut berkuatkuasa dengan serta-merta selepas kelahiran.
Untuk mendapatkan keterangan yang lebih terperinci mengenai produk dan pelan yang ditawarkan, anda boleh menghubungi saya di talian berikut :
1.http://www.takaful-ikhlas.com.my/sites/default/files/muat-turun/ikhlas-link-secure-riders/ikhlaslink_lady_secure_takaful_rider_brochure_eng.v2.pdf
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
No comments:
Post a Comment