Tuesday, 14 July 2015

PeNgEnALaN

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) diperbadankan pada 18 September 2002 dan adalah sebuah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.

Setelah beroperasi selama sembilan tahun, Takaful IKHLAS berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan Sistem Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya. Kini, reputasi kami dalam pasaran sebagai satu "jenama" dinamik telah dikenali ramai.

Hingga kini, lebih 1.8 juta individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Syarikat dan menjadi pemegang sijil (peserta).

Syarikat menawarkan rangkaian Pelan Takaful Keluarga, Berkelompok dan Am serta Rider untuk individu dan usahaniaga komersial. Banyak lagi produk dan perkhidmatan yang sedang dirancang untuk jangkamasa yang terdekat. 

Saluran pengedaran/perkhidmatan kami terdiri daripada mereka yang berpengetahuan tinggi dan terlatih. Saluran-saluran ini terdiri daripada lebih 6,000 orang ejen, broker, institusi kewangan, pemegang francais kenderaan bermotor, koperasi dan organisasi-organisasi Islam.



Hanya dalam tempoh dua tahun, Syarikat telah mewujudkan rangkaian agensi yang luas. Takaful IKHLAS mempunyai 11 cawangan yang terletak di Selangor, Sungai Petani, Kota Bahru, Johor Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka, Kuantan, Ipoh, Terengganu dan Putrajaya. 

Piawaian etika tinggi yang telah kami tetapkan untuk warga kerja dan rakan kongsi perniagaan boleh dilihat menerusi tindak balas kami yang pantas terhadap keperluan para pelanggan dan reputasi kami dalam memastikan penjelasan tuntutan yang adil dan cepat. Kami tidak mempunyai sebarang pembayaran tuntutan "tertunggak" dengan kelulusan diproses dalam masa 24 jam bagi kebanyakan kes.

Kami juga telah memperkenalkan portal "e-Marine" yang membolehkan ejen dan bank terpilih mengeluarkan sijil dengan segera bagi keperluan Takaful Kargo Marin. Sistem "e-Cover Note" sedia ada juga telah dikembangkan untuk meliputi perniagaan Takaful Bukan Motor yang membenarkan ejen mengeluarkan sijil Kebakaran, Pemilik Rumah, "Householder" dan Kemalangan Peribadi kepada pelanggan kami.

Matlamat kami adalah untuk menjadikan Takaful IKHLAS sebagai penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam pilihan dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi matlamat tersebut.

No comments:

Post a Comment